Search This Blog

Saturday, 26 April 2014

Global Village ( AIESEC ) ^^

Assalamualaikum semua :)

Hari tu, 21/4/14 ada satu programme tu, namanya Global Village under AIESEC ...Program ni sebenarnya nak tarik minat pelajar untuk ikot programme dyowang...Programme ni dibagi nama Global Ambassador Programme / Global Community Development Programme...programme ni dia pertukaran pelajar yang nak buat sevis kominity dekat overseas..program yang dyowang jalankan tu akan dijalankan di luar negara... contohnya negara :

- Laos
- Brazil
- Korea
- Italy
- Taiwan
- Mexico
- Japan
-Indonesia
etc..

Program yang dijalankan berkaitan dengan banyak cabang seperti:

- Pertanian
- Pendidikan
etc..

Masa Pengajian 

Bak kata orang sambil menyelam minum air..huhu yela boleh luaskan lagi mata korang tengok tempat orang sana...program ni ambil masa dalam 2 bulan... tapi biasenya habis awal, so minggu last tu korang jelajahla tempat orang huhu 
Biasanya pelajar akan ambill programme ni masa sem 2, tahun 2...maksudnya dyowang terpaksa tangguh masa pengajin dyowang dekat sini..tu aku rase disadvantage programme ni sebab dy ambil masa pengajian aku..huh..memang tidak la nak lambat2 kan lagi pengajian..4 tahun pun dah rase lame haha jahat giler statment aku...APTB~~

Pengalaman

Hari tu ada sesi perkongsian pengalaman pelajar yang ambil program ni...banyakjugaka la input dapat...kenangan manis, pahit, masin pon dyowang cerita jugak. Hari tu ada 3 pelajar yang kongsi pengalaman...2 orang daripada mere pergi taiwan untuk ambil pengajian tu...kebanyakkan bagi pengalaman masin dan masam je haha 
bukannya nak galakkan, ni p cerita yang buruk-buruk..hahaha apodah..macam mana nak tarik minat pelajar...em ada sorang tu cakap, dekat sana tandas semua takde host...haha dia kate geli je...biase la sana biasanya mana ada (kalau xsalah aku la haha)..tu jela yang aku ingat haha (yang cerita ni amik program tu dekat Taiwan)

Kos

Sebenarnya kos ni depends pada tempat program yang korang nak korang...kalau korang pilih negara yang mahal-mahal memang la beribu riban duit korang habis...kalau nak murah boleh la amik Indon, korang boleh catu duit korang huhu
Mostly dyowang guna dalam RM 3000++ untuk tiket dan semuanya kecuali makanan dan tempat tinggal korang...harga tu siap berjalan sekali la...

Kenapa mesti joint??

Kita dpat belajar untuk manage dan mendalami projek untuk diri kita dalam suasana yang berbeza..Selain tu nak pelajar tu untuk dapat impak positif. Tambaham lagi korang dapat:

- Mengetahui budaya negara lain
- Mendapat kawan antarabangsa
- Impak sosial
- Pembangunan diri

Macam mana nak apply??

KOrang boleh pergi dekat website AIESEC ni sendiri..nego-nego dengan dyowang.... korang kalau nak tau lebih lanjut boleh la gi website dyowang..


lepas apply, korang kene hadapi :

-Interview
- Pemilihan
- korang boleh terbang dah ^^ wuhuhu

lepas ni korang hadam la dengan gambo-gambo aku ye...


Peta Newzealand xsalah aku..


sesi bergambar dengan pelajar korea...Ya Allah flawless kulit dyowang..jelouss tau i...huhu


tak cukup 1, ambik lagi haha ambik kaw~~


ni cerita tentang chess real yang ada kat Italy, kalau korang pernah tengok cite Harry Potter, mesti korang tau ,gental!!


ni booth Italy, cerita tentang keistimewaan negara tu..


ni pulak booth Jepun, banyak jugak la barang yang dyowang display, ada patung, mainan dan etc..


ni booth Italy tadi, yang warna kuning tu macam tugu negara dyowang la..



ni la barang-barang yang booth jepun display..comel-comel semuanya..geram tengok..




ni contoh baju laos yang di display..kteowang apa lagi pakai semua ssekali..bapok lahap nak pakai haha


masa ni ada camre men nak ambil gambo, sakan berposing hoho 


ni la permainan yang di idsplay di booth jepun, dyowang kata permainan origami tu berasal dari jepun...


patung-patung jepun, comel sangat -II ^^


posing lagi~~


kawan aku ni pakai jenis lain sikit...aku lain sikit..tapi pakaian dyowang macam ala-ala orang asli dekat Sabah~~


masa aku nak pakai kain ni..mak ai kecik bona...agaknya semua orang-orang dekat sana kurus-kurus la geng...haha aku je gemok...sampai orang tu kate " you have to cut your meal "..peh mase tu sentap sangat..haha tapi aku buat tak tau je haha


di booth Laos


tudung senget..abaikan sahaja...lol~~




nak jugak haha~~



mercu tanda Mexico tak salah aku~~ maaf lupa T_T




tobleron gedabak nak jugak ambik gambo dengan titeww~~ ewww haha


ni tak tau apa nama dy...main ambik gambo je haha


akak ni baik sangat...peramah ok! ^^


masa ni dekat booth Indonesia :)




sebenarnya aku takutdengan benda tu..tu yang macam lain macam je gambonya haha lol~~





ada ke orang suke muka wanted??? aku je tahu..gembira gituu~~ haha 


masa dekat booth Mexico ^^


gambo ni candid habis... ^^


aku la tu yang sign...


gambo ala-ala instagram gitu haha


gambo insta dengan kak zue :)

*luaskan lah pengalaman korang dengan join programe-progrme macam ni...hehe ^^








Sunday, 20 April 2014

Sihat itu Sunnah

Assalamualaikum semua :)

Tajuk aku hari ini berkaitan dengan kuliah yang aku pergi pagi tadi. Kuliah ini under program surau iaitu program Dhuha. Program ini akan berulang beberapa kali dalam 1 semester. Hari tudah ada program macam ni jugak sebelom curi midsemester hari tu. Tajuknya aku tak ingat, ini kan lagi tarikhnya huhu sadis~~ Sebelum ini aku ada join 1 program Daurah, iaitu program introduce kite dengan sunnah Nabi Muhammad S.W.T. Program ini banyak beri aku input dari segi mengenali baginda dengan lebih dekat. Program ini bukan sahaja introduce sunnah malah dapat mengikuti hayat hidup baginda Nabi Muhammad S.W.T.

Em penceramahnya mesti korang kenal, cuma aku tak ingat namanya. Sesiapa yang rajin tonotn Al-Kuliyyah hari jumaat tu mesti kenal ustaz ini. Orangnya kecil-kecil dan putih. Best jugak kuliah dia kasik, tak mengantok, kirenya ustaz ni boleh masuk dengan budak muda. Ada tu dia buat lawak, aku ingat serius la jawapan dy nak kasik ghupanya~~~haha..aku gelak kuat kot mase tu huhu...aku tak ingat lawaknya macam mana..tapi berkaitan dengan madu la...

Ok Ok kita mula cerita k...sihat tu tak semestinya dari segi pemakanan tapi dari segenap kehidupan seharian kita. Biasanyakan orang hanya akan kaitkan dengan makanan tapi hakikatnya tidak..."Sihat itu Sunnah" means kita ikut cara baginda untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Apa-apa yang baginda guna dan amalkan semua baik-baik belaka. Perkara yang perlu dijaga dari segi :

- Pemakanan
- Cara tidur
- Cara makan
- Jadual makan
- etc 

Pemakanan

Dari segi pemakanan baginda telah meriwayatkan sunnah untuk diikuti.Setiap makanan yang di suggest terdapat khasiat yang tersendiri. Bak kata ustaz kita jangan ragu-ragu dengan sunnah baginda ini, sebab dikhuatiri penyakit itu tak pulih. Antara makanan yang disenaraikan ialah:

- Madu asli
- Buah tamar/ Kurma
- Buah tin
- Susu
- Air zam-zam
- Buah zaiton
- Buah labu
- Minyak Zaiton
- Air syifak dan habbatu sauda
- Ruman/ buah delima
- Tembikai
- Daging kambing

Nabi Yunus yang telah ditelan ikan paus, selepas beberapa hari selepas tu tanpa makan, minum Nabi Yunus telah dimuntahkan keluar oleh ikan paus tersebut. Nabi telah memakan labu, dan beliau telah kebah daripada demam dan sebagainya. Kisah ini membuktikan kelebihan buah labu. 
Selain itu, biji labu yangdibuat kauci boleh dimakan. Dan ia bagus untuk pesakit batu karang. Pada sesiapa yang rase tak berapa minat labu, lepas bace ni kene makan jugak tau, niat kerana Alaah Insya Allah dapat pahala. Bukan je dapat pahala tapi dapat khasiatnya jugak :)

Tentang buah tamar pulak. Buah tamar Ajwa baik untuk elak keracunan dan sihir. Ada satu cerita tentang Siti Maryam. Semasa Siti Maryam sedang sarat mengandung, beliau mendapat wahyu dari Allah untuk mengoncang pokok buah tamar dan memakan buahnya. Alhamdulilah selepas bersalin beliau dapat berjalan dan mengendong anaknya. Kepada wanita yang hamil diluar sana, jadikan buah tamar sebagai makanan harian untuk dapat khasiatnya. Bukan sahaja baby dapat, ibunya pun dpat tau. Tambahan lagi buah tamar ni merupakan Al-Aktiaba, iaitu merupakan antara makanan yang terbaik.

Madu asli dapat menggantikan antiseptic. Buah tin dan zaiton terdapat banyak serat dan anti-toxic. Habbatu sauda baik untuk orang yang lemah immune systemnya.

Biasanya orang malaysia jarang nak makan kambing sebab takut kolesterol tinggi dan etc. Sebenarnya cara masakan tu yang salah, orang arab biasanya membakar daging kambing. Tapi kita tak bakar, beza cara masakan juga akan memberi kesan pada seseorang. Jadi para mak-mak kene la pandai cari cara masakan yang baik untuk keluarga mereka. Jangan dok salahkan kambing tu je. Kalau tak minat kambing pun, buat-buat suka, niat kerana nak ikut sunnah, insya Allah dapat pahala :)


Habbatu sauda


Buah tin



Buah Zaiton



Buah Delima


Cara Tidur

Cara tidur yang betul dan mengikut sunnah adalah mengiring ke kanan. Oleh itu jantung kita tak perlu bekerja keras untuk mengepam darah keseluruh badan. Baginda tidak tidur kurang daripada 5 jam dan tidak akan tidur melebihi 8 jam. Hal ini kerana, ia akan memberi kesan yang buruk pada badan. Baginda juga akan tidur selepas waktu isyak.

Cara Makan

Baginda akan makan dengan mengangkat kaki kanan, dan kaki tersebut menyentuh dada. Hal ini adalah untuk mengecilkan saiz usus kita. Jadi kita tidak akan makan dengan kuantiti yang banyak. Tambahan lagi baginda akan makan sebelum waktu magrib iaitu dalm pukul 6 p.m - 7 p.m...

*Mari la kita mengamalkan sunnah Nabi, Insya Allah kita sihat :)

Friday, 18 April 2014

Bukit Cerakah Shah Alam a.k.a Skytrex Adventure Park~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Hope semua sehat belake la ye~~
eja sebenonya nak bahasakan diri aku...xpe kan??...lantak p la sape tak suke..ni kan belong gue..haha
First of all, aku sebenarnya nak cerita pasal hari tu pergi riadah dengan kawan dekat shah alam...dekat Skytrex tu...em ni kire 1st time pergi activity luar dengan kawan dan pergi sendiri...whuaa
Kteowang pergi sana hari sabtu, 5/4/2014....Sebelum ni kan aku pernah cerita yang aku pergi bukit kutu tu..yang tu under kolej...so macam xambil kesah pon perjalanan nak ke sana..
masok bas, borak-borak kejap...teros tertido sampai la ke bukit kutu..
TAPI yang ni kteowng kne tengok signboard bagai...Ya Allah memang berdoa je selamat sampai...dah la aku ni tak pandai sngat bab jalan..lagi-lagi dekat area shah alam..peh memang terbaik...kawan yang drive pulak baru dapat lesen...memang la tak tau jalan sngat kan...kawan lagi sorang tahu la sikit-sikit bab- bab jalan ni sebab dia rajin teramat berjalan..huhu
memeang kteowang ni asyik berhenti tepi jalan je nak p tanya orang arah yang betul...huhu time tu dah takde rase malu nak tanya..kalau tak memei segan tahap gaban nak tanya..huhu
ni disebabkan dah beli tiket nak masok sokene la rushing sikit huhu..paroh betol time tu..nak marah pon tak guna...time sesat tu la, jalan jem...peh memang terbaik punya la... haha 

tiket kteowng sebenonya pukol 2.30 p.m...tapi mase kteowang sesat tu dah nak pukul 2 p.m...memang terbaik..dengan tak solat zohor lagi huhu
kteowang sampai sana dalam pkol 2.10 p.m, kire sempat nak solat dan salin pakaian...memang terkejo-kejo la nak besiap semua sebelum masuk...
ha lagi satu, sebelum kteowng masuk tu memang dah hujan dah..tapi time kteowng tu macam dah gelap sangat...so takot la kene cancel plak..huhu dah la jauh...duit minyak lagi...aku ni jenis berkire sikit...kalau aku target makan seminggu RM70..kalau mampu aku makn sehari RM 10 je...peh aku bukan kedekut...kne la jage financial sikit kalau x..parah masa akan datang huhu

emm sambung balik huhu...sebenarnya Skytrex ni ada macam-macam activity:

- Activity lasak
- Activity relate to water
- Riadah biase-biase

aku dengan kawan amik activity lasak tu...boleh tahan lasak jugak la...activity tu ada 3 bahagian :

- Little Adventure
- Big Thrill
- Extreme Challenge

sebelum pergi, aku tanya kawan aq better ambil yang mana...dia kata ambil yang Extreme Challenge, so aku pon challenge la diri aku yang lemah gemalai ni amik part tu....huhu mula-mula mesti nervouskan, mana taknya bukannya aku selalu buat benda-benda macam ni..tapi best!!!

Little Adventure

bahgian ni adalah bahagian yang paling senang berbanding Big Thrill dan Extreme challenge. biasanya budak-budak kecik je yang amik part ni..sebab part ni rendah berbanding yang lain...kalau nak masuk area tempat tu memag terus boleh nampak bahagian Little adventure ni..masa aku pergi ramai jugak anak-anak mat saleh main kat situ...masa mula-mula tengok macam gerun je..tapi lepas tu aq ok je..huhu
setiap peserta akan diajar terlebih dahulu sebelum dilepaskan...
bahagian ni ada 23 check point,
setiap cabaran diberi nama haiwan seperti

- “Rubah Terbang“ (Flying Fox)
- “Tulang Naga“ (Dragon Bones)
-  “Jungkit Arnab“ (Rabbit Flip-Flop)  

bahagian ni akan di akhiri dengan Flying Fox yang merentasi 2 tasik..emm best2!!
bahagian ni dijamin selamat untuk kanak-kanak dan kurang adventure untuk dewasa...
sesiapa yang ada anak bawah 8 tahun, boleh je bawah kat bahagian ni cuma kene ada pemerhatian dari parent la..
parent pun kene naik sekali, seorang parent boleh jage 2 orang kanak-kanak bawah 8 tahun...
tinggi platform ni dalam 3-5 m je...selamat la untuk kanak-kanak main...
berat maximum untuk main bahagian ni adalah 100 kg..harga untuk bahgian ni RM 35..


Big Thrill

kalau tengok dalam peta, big thrill ni panjang sikit perjalanan dia berbanding little adventure dan Extreme challenge..
bahagian ni ada 26 checkpoint, contohnya: 

- “Crazy Zig-Zag“

 - Flying on the “Sky-crawl“ at the Bermuda Triangle

 - merentasi  “The Earthquake“

- “Happy Hopper“ 

- “Wild Revenge“

tahap kesukaran daripada senang kepada sangat susah..
untuk bahagian ni, sekurang-kurangnya participant kene 1.4 m...nak habiskan bahagian ni ambil masa dalam 2- 3 jam..

platform boleh cecah sampai 17 meter...kanak-kanak bawah 13 tahun, wajib ada jagaan daripada penjaga...seorang penjaga hanya boleh jaga seorang kanak-kanak sahaja....berat maximum untuk main bahagian ni adalah 100 kg jugak... harga tiket untuk bahagian ni RM 45

Extreme Challenge

extreme challenge ni paling susah diantara yang lain sebab dy menguji mental dan physical...bahagian ni punya keluasan agak besar jugak..besar sedikit dari Big Thrill...
Extreme challenge ni merupakan part yang baru bagi Skytrex Park....bahagian ni ada 36 check point...platform yang paling tinggi boleh cecah smpai 22 m...masa yang diperlukan untuk habis semua check point adlah dalam 2-3 jam...minimum tinggi yang diperlukan adalah 1.4 m...kanak-kanak bawah umur 13 tahun wajib ada penjaga yang teman mereka...
berat maximum adalah 100 kg...harga tiket RM 55


ni la mapnya...ni En. Google yang kasik..hukhuk Terima Kasih En. Google :)


Rate and Booking

Skytrex ni bukak everyday but in a weekdays, the participant should book at least 25 person...so kalau korang nak pergi hari biase tapi tak cukup orang..baik batalkan jela niat tu sebab memang le tak dapat den nak nolong nye huhu....Skytrex ni mostly book dulu baru pergi, sape-sape yang pergi tanpa book hanya mampu tengok dari jauh jela ye..huhu sadis la hidup..pergi jauh-jauh sekali dapat tengok je huhu..
aku nasihatkan kalau nak book tu, book la awal-awal dalam seminggu awal sebab Skytrex ni sentiasa penuh, expecially weekends...sokorang kene la pandai plan masa nak pegi tu...hari tu aku pegi pun lepas habis test and nak cuti midsem...nasib-nasib je ad kosong lagi..kalau tak xdpat la aku nak pegi huhu...
sebelum sampai tempat nak main tu, korang kene naik bas dulu, harganya:

- dewasa RM 3
- kanak-kanak RM 1

dalam masa 5-10 minute korang akan sampai ke tempat nak main tu...
kalau ada masalah dengan cuaca iaitu :

- hujan lebat tak berhenti- henti
- petir
- ribut

kalau berlaku situasi macam ni, pihak Skytrex akan menunda tarikh pada masa yang lain, mereka akan bagi kita pilihan...TAPI kalau tak datang pada masanya, korang xdapat nak ambil balik duit atau tukar tarikh...kalau korang nak tukar tarikh pun..make sure korang tukar tarikh seminggu sebelum sampai tarikh nak main...kalau tak duit korang akan di burn~~
nak diceritakan, masa aku pegi hari tu sebenarnya hujan, aku cuak la..mane tau tetibe tak dapat naik sebab hujan ke hape...sepanjang perjalanan aku berdoa semua akan OK....
Alhmdulillah semuanya ok je :)
masa mula-mula macam nak hujan tapi lepas tu cerah...Alhamdulillah :)

lepas ni tengok gambo jela ye....dipersilakan~~


ni gambar sebelum orang tu ajar kteorang macam mana nak guna benda-benda yang aku pakai tu..sebab lepas je orang tu ajar..kite akan buat sendiri semuanya...so kene fokus tau time dia ajar..kalau xnanti membahayakan diri dan orang lain...




yang ni check point terakhir, so kteowang amik la gambo bertiga..checkpoint sebelum ni tak boleh bertiga..takut tak kuat..dekat sini je boleh T_T...





peluh tahap boleh perah baju time ni..huhu letih sangat...tapi best!!




signboard ni menunjukkan berakhirnya perjuangan kami di Skytrex huhu muka berminyak tahap gaban~~ sila abaikan~~


before balik tu sempat la bergambar dekat area tu sekejap~~


ni mungkin checkpoint yang dyowang panggil 'crazy zing-zang'.. mula-mula ingat susah tapi kacang je ni haha


yang ni kalau tengok bawah gental gayat..tapi buat-buat tak nampak je dah huhu...yang ni pon tak susah sangat...kita just kene balancekan badan je..


ni la 1st tangga yang korang kene naik kalau korang ambil bahagian Extreme Challenge, penat wei naik tangga ni...naik tangga ni je dah berpeloh berkilo-kilo..huhu lepas tangga ni ada lagi 1 tangga yang lagi tinggi, masa tu rase macam nak pengsan pon ada T_T


checkpoint ni pon kacang je huhu


kalau checkpoint ni siap boleh nyanyi-nyanyi lalalalala~~


ni Flying Fox, untuk bahagian Extreme Challenge ada banyak checkpoint Flying Fox, ada lah dalam 5 checkpoint...checkpoint ni best sebab tak penat snagat hehe lagi pun rase macam ala-ala batman gitu huhu



ni la 2 kawan aku yang sekepala bab-bab benda extreme ni huhu yang tudung pink tu pazilah..orang pure kelantan...kalau nak kecek klantan cakap dengan dia huhu dia suka explore, so kalau aku tak tau jalan-jalan kat KL ni, aku rujuk dekat dia je hehe tapi dia tau jalan KL yang guna kenderaan awam...yang sebelah tu Iman namanya...dia la driver kteowang...hebat dia bawak kereta eventhough baru je dapat lesen..hehe lain kali bawak la kteowng jenjalan lagi ye darling ~~


name ni baru je ada kat situ, kawan aku yang pergi sem lepas cakap takde...means baru lagi la kan..


aku rasa checkpoint ni paling susah kot...sebab dia macam licin,goyang-goyang..kalau tak pandai balance badan..memang rase macam nak jatuh je...kawan aku mase tu asyik nak terjatuh je..nasib baik lepas...muka dia macam nak pucat dah aku tengok..mungkin sebab nak tahan tangan...ahh 1 lagi nak main benda ni semua..tangan kene kuat tau..kalau tak jadi la macam aku ni huhu


senggayut ni susah jugak..dah macam main buayan pulak aku rasa haha






before kteowng balik tu,kteowng singgah makan dekat burger bakar Abang Burn dekat Seksyen 7, Shah Alam...nasib baik mase aku pergi tu tak ramai sangat....dannnn servis dia sangat debak..sebab tak sampai 5 minute burger dah siap wuwu macam tau-tau je perot aku ni dah nyanyi lagu dangdut T_T


lepas makn kteowng singgah i-City kejap..yela macam tak best pulak dah sampai sana tak singgah, tapi pegi kejap je sebab dah malam, weiii perempuan semua mana boleh balik lambat..huhu kteowang balik dalam pkol 10 p.m then sampai rumah iman dalam pukul 11 p.m ....




kalau korang nak tau lebih lanjut boleh la layari laman web Sytrex tu sendiri, ni aku kasi link..bagi senang sikit keje korang..



m


kalau nak makan burger Abang Burn boleh rujuk sini...



korang boleh rujuk map ni kalau nak ke Jajahan Burger Abang Burn dekat area Seksyen 7, Shah Alam


*sementara jadi pelajar ni korang cuba la explore benda baru, benda-benda yang korang memang tak akan lakukan lepas dah kahwin nanti....visi aku senang je, explore selagi mampu...haha