Assalamualaikum semua :)
Tajuk aku hari ini berkaitan dengan kuliah yang aku pergi pagi tadi. Kuliah ini under program surau iaitu program Dhuha. Program ini akan berulang beberapa kali dalam 1 semester. Hari tudah ada program macam ni jugak sebelom curi midsemester hari tu. Tajuknya aku tak ingat, ini kan lagi tarikhnya huhu sadis~~ Sebelum ini aku ada join 1 program Daurah, iaitu program introduce kite dengan sunnah Nabi Muhammad S.W.T. Program ini banyak beri aku input dari segi mengenali baginda dengan lebih dekat. Program ini bukan sahaja introduce sunnah malah dapat mengikuti hayat hidup baginda Nabi Muhammad S.W.T.
Em penceramahnya mesti korang kenal, cuma aku tak ingat namanya. Sesiapa yang rajin tonotn Al-Kuliyyah hari jumaat tu mesti kenal ustaz ini. Orangnya kecil-kecil dan putih. Best jugak kuliah dia kasik, tak mengantok, kirenya ustaz ni boleh masuk dengan budak muda. Ada tu dia buat lawak, aku ingat serius la jawapan dy nak kasik ghupanya~~~haha..aku gelak kuat kot mase tu huhu...aku tak ingat lawaknya macam mana..tapi berkaitan dengan madu la...
Ok Ok kita mula cerita k...sihat tu tak semestinya dari segi pemakanan tapi dari segenap kehidupan seharian kita. Biasanyakan orang hanya akan kaitkan dengan makanan tapi hakikatnya tidak..."Sihat itu Sunnah" means kita ikut cara baginda untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Apa-apa yang baginda guna dan amalkan semua baik-baik belaka. Perkara yang perlu dijaga dari segi :
- Pemakanan
- Cara tidur
- Cara makan
- Jadual makan
- etc
Pemakanan
Dari segi pemakanan baginda telah meriwayatkan sunnah untuk diikuti.Setiap makanan yang di suggest terdapat khasiat yang tersendiri. Bak kata ustaz kita jangan ragu-ragu dengan sunnah baginda ini, sebab dikhuatiri penyakit itu tak pulih. Antara makanan yang disenaraikan ialah:
- Madu asli
- Buah tamar/ Kurma
- Buah tin
- Susu
- Air zam-zam
- Buah zaiton
- Buah labu
- Minyak Zaiton
- Air syifak dan habbatu sauda
- Ruman/ buah delima
- Tembikai
- Daging kambing
Nabi Yunus yang telah ditelan ikan paus, selepas beberapa hari selepas tu tanpa makan, minum Nabi Yunus telah dimuntahkan keluar oleh ikan paus tersebut. Nabi telah memakan labu, dan beliau telah kebah daripada demam dan sebagainya. Kisah ini membuktikan kelebihan buah labu.
Selain itu, biji labu yangdibuat kauci boleh dimakan. Dan ia bagus untuk pesakit batu karang. Pada sesiapa yang rase tak berapa minat labu, lepas bace ni kene makan jugak tau, niat kerana Alaah Insya Allah dapat pahala. Bukan je dapat pahala tapi dapat khasiatnya jugak :)
Tentang buah tamar pulak. Buah tamar Ajwa baik untuk elak keracunan dan sihir. Ada satu cerita tentang Siti Maryam. Semasa Siti Maryam sedang sarat mengandung, beliau mendapat wahyu dari Allah untuk mengoncang pokok buah tamar dan memakan buahnya. Alhamdulilah selepas bersalin beliau dapat berjalan dan mengendong anaknya. Kepada wanita yang hamil diluar sana, jadikan buah tamar sebagai makanan harian untuk dapat khasiatnya. Bukan sahaja baby dapat, ibunya pun dpat tau. Tambahan lagi buah tamar ni merupakan Al-Aktiaba, iaitu merupakan antara makanan yang terbaik.
Madu asli dapat menggantikan antiseptic. Buah tin dan zaiton terdapat banyak serat dan anti-toxic. Habbatu sauda baik untuk orang yang lemah immune systemnya.
Biasanya orang malaysia jarang nak makan kambing sebab takut kolesterol tinggi dan etc. Sebenarnya cara masakan tu yang salah, orang arab biasanya membakar daging kambing. Tapi kita tak bakar, beza cara masakan juga akan memberi kesan pada seseorang. Jadi para mak-mak kene la pandai cari cara masakan yang baik untuk keluarga mereka. Jangan dok salahkan kambing tu je. Kalau tak minat kambing pun, buat-buat suka, niat kerana nak ikut sunnah, insya Allah dapat pahala :)
Habbatu sauda
Buah tin
Buah Zaiton
Buah Delima
Cara Tidur
Cara tidur yang betul dan mengikut sunnah adalah mengiring ke kanan. Oleh itu jantung kita tak perlu bekerja keras untuk mengepam darah keseluruh badan. Baginda tidak tidur kurang daripada 5 jam dan tidak akan tidur melebihi 8 jam. Hal ini kerana, ia akan memberi kesan yang buruk pada badan. Baginda juga akan tidur selepas waktu isyak.
Cara Makan
Baginda akan makan dengan mengangkat kaki kanan, dan kaki tersebut menyentuh dada. Hal ini adalah untuk mengecilkan saiz usus kita. Jadi kita tidak akan makan dengan kuantiti yang banyak. Tambahan lagi baginda akan makan sebelum waktu magrib iaitu dalm pukul 6 p.m - 7 p.m...
*Mari la kita mengamalkan sunnah Nabi, Insya Allah kita sihat :)
No comments:
Post a Comment