Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Hope semua sehat belake la ye~~
eja sebenonya nak bahasakan diri aku...xpe kan??...lantak p la sape tak suke..ni kan belong gue..haha
First of all, aku sebenarnya nak cerita pasal hari tu pergi riadah dengan kawan dekat shah alam...dekat Skytrex tu...em ni kire 1st time pergi activity luar dengan kawan dan pergi sendiri...whuaa
Kteowang pergi sana hari sabtu, 5/4/2014....Sebelum ni kan aku pernah cerita yang aku pergi bukit kutu tu..yang tu under kolej...so macam xambil kesah pon perjalanan nak ke sana..
masok bas, borak-borak kejap...teros tertido sampai la ke bukit kutu..
TAPI yang ni kteowng kne tengok signboard bagai...Ya Allah memang berdoa je selamat sampai...dah la aku ni tak pandai sngat bab jalan..lagi-lagi dekat area shah alam..peh memang terbaik...kawan yang drive pulak baru dapat lesen...memang la tak tau jalan sngat kan...kawan lagi sorang tahu la sikit-sikit bab- bab jalan ni sebab dia rajin teramat berjalan..huhu
memeang kteowang ni asyik berhenti tepi jalan je nak p tanya orang arah yang betul...huhu time tu dah takde rase malu nak tanya..kalau tak memei segan tahap gaban nak tanya..huhu
ni disebabkan dah beli tiket nak masok sokene la rushing sikit huhu..paroh betol time tu..nak marah pon tak guna...time sesat tu la, jalan jem...peh memang terbaik punya la... haha
tiket kteowng sebenonya pukol 2.30 p.m...tapi mase kteowang sesat tu dah nak pukul 2 p.m...memang terbaik..dengan tak solat zohor lagi huhu
kteowang sampai sana dalam pkol 2.10 p.m, kire sempat nak solat dan salin pakaian...memang terkejo-kejo la nak besiap semua sebelum masuk...
ha lagi satu, sebelum kteowng masuk tu memang dah hujan dah..tapi time kteowng tu macam dah gelap sangat...so takot la kene cancel plak..huhu dah la jauh...duit minyak lagi...aku ni jenis berkire sikit...kalau aku target makan seminggu RM70..kalau mampu aku makn sehari RM 10 je...peh aku bukan kedekut...kne la jage financial sikit kalau x..parah masa akan datang huhu
emm sambung balik huhu...sebenarnya Skytrex ni ada macam-macam activity:
- Activity lasak
- Activity relate to water
- Riadah biase-biase
aku dengan kawan amik activity lasak tu...boleh tahan lasak jugak la...activity tu ada 3 bahagian :
- Little Adventure
- Big Thrill
- Extreme Challenge
sebelum pergi, aku tanya kawan aq better ambil yang mana...dia kata ambil yang Extreme Challenge, so aku pon challenge la diri aku yang lemah gemalai ni amik part tu....huhu mula-mula mesti nervouskan, mana taknya bukannya aku selalu buat benda-benda macam ni..tapi best!!!
Little Adventure
bahgian ni adalah bahagian yang paling senang berbanding Big Thrill dan Extreme challenge. biasanya budak-budak kecik je yang amik part ni..sebab part ni rendah berbanding yang lain...kalau nak masuk area tempat tu memag terus boleh nampak bahagian Little adventure ni..masa aku pergi ramai jugak anak-anak mat saleh main kat situ...masa mula-mula tengok macam gerun je..tapi lepas tu aq ok je..huhu
setiap peserta akan diajar terlebih dahulu sebelum dilepaskan...
bahagian ni ada 23 check point,
setiap cabaran diberi nama haiwan seperti
- “Rubah Terbang“ (Flying Fox)
- “Tulang Naga“ (Dragon Bones)
- “Jungkit Arnab“ (Rabbit Flip-Flop)
bahagian ni akan di akhiri dengan Flying Fox yang merentasi 2 tasik..emm best2!!
bahagian ni dijamin selamat untuk kanak-kanak dan kurang adventure untuk dewasa...
sesiapa yang ada anak bawah 8 tahun, boleh je bawah kat bahagian ni cuma kene ada pemerhatian dari parent la..
parent pun kene naik sekali, seorang parent boleh jage 2 orang kanak-kanak bawah 8 tahun...
tinggi platform ni dalam 3-5 m je...selamat la untuk kanak-kanak main...
berat maximum untuk main bahagian ni adalah 100 kg..harga untuk bahgian ni RM 35..
Big Thrill
kalau tengok dalam peta, big thrill ni panjang sikit perjalanan dia berbanding little adventure dan Extreme challenge..
bahagian ni ada 26 checkpoint, contohnya:
- “Crazy Zig-Zag“
- Flying on the “Sky-crawl“ at the Bermuda Triangle
- merentasi “The Earthquake“
- “Happy Hopper“
- “Wild Revenge“
tahap kesukaran daripada senang kepada sangat susah..
untuk bahagian ni, sekurang-kurangnya participant kene 1.4 m...nak habiskan bahagian ni ambil masa dalam 2- 3 jam..
platform boleh cecah sampai 17 meter...kanak-kanak bawah 13 tahun, wajib ada jagaan daripada penjaga...seorang penjaga hanya boleh jaga seorang kanak-kanak sahaja....berat maximum untuk main bahagian ni adalah 100 kg jugak... harga tiket untuk bahagian ni RM 45
Extreme Challenge
extreme challenge ni paling susah diantara yang lain sebab dy menguji mental dan physical...bahagian ni punya keluasan agak besar jugak..besar sedikit dari Big Thrill...
Extreme challenge ni merupakan part yang baru bagi Skytrex Park....bahagian ni ada 36 check point...platform yang paling tinggi boleh cecah smpai 22 m...masa yang diperlukan untuk habis semua check point adlah dalam 2-3 jam...minimum tinggi yang diperlukan adalah 1.4 m...kanak-kanak bawah umur 13 tahun wajib ada penjaga yang teman mereka...
berat maximum adalah 100 kg...harga tiket RM 55
ni la mapnya...ni En. Google yang kasik..hukhuk Terima Kasih En. Google :)
Rate and Booking
Skytrex ni bukak everyday but in a weekdays, the participant should book at least 25 person...so kalau korang nak pergi hari biase tapi tak cukup orang..baik batalkan jela niat tu sebab memang le tak dapat den nak nolong nye huhu....Skytrex ni mostly book dulu baru pergi, sape-sape yang pergi tanpa book hanya mampu tengok dari jauh jela ye..huhu sadis la hidup..pergi jauh-jauh sekali dapat tengok je huhu..
aku nasihatkan kalau nak book tu, book la awal-awal dalam seminggu awal sebab Skytrex ni sentiasa penuh, expecially weekends...sokorang kene la pandai plan masa nak pegi tu...hari tu aku pegi pun lepas habis test and nak cuti midsem...nasib-nasib je ad kosong lagi..kalau tak xdpat la aku nak pegi huhu...
sebelum sampai tempat nak main tu, korang kene naik bas dulu, harganya:
- dewasa RM 3
- kanak-kanak RM 1
dalam masa 5-10 minute korang akan sampai ke tempat nak main tu...
kalau ada masalah dengan cuaca iaitu :
- hujan lebat tak berhenti- henti
- petir
- ribut
kalau berlaku situasi macam ni, pihak Skytrex akan menunda tarikh pada masa yang lain, mereka akan bagi kita pilihan...TAPI kalau tak datang pada masanya, korang xdapat nak ambil balik duit atau tukar tarikh...kalau korang nak tukar tarikh pun..make sure korang tukar tarikh seminggu sebelum sampai tarikh nak main...kalau tak duit korang akan di burn~~
nak diceritakan, masa aku pegi hari tu sebenarnya hujan, aku cuak la..mane tau tetibe tak dapat naik sebab hujan ke hape...sepanjang perjalanan aku berdoa semua akan OK....
Alhmdulillah semuanya ok je :)
masa mula-mula macam nak hujan tapi lepas tu cerah...Alhamdulillah :)
lepas ni tengok gambo jela ye....dipersilakan~~
ni gambar sebelum orang tu ajar kteorang macam mana nak guna benda-benda yang aku pakai tu..sebab lepas je orang tu ajar..kite akan buat sendiri semuanya...so kene fokus tau time dia ajar..kalau xnanti membahayakan diri dan orang lain...
yang ni check point terakhir, so kteowang amik la gambo bertiga..checkpoint sebelum ni tak boleh bertiga..takut tak kuat..dekat sini je boleh T_T...
peluh tahap boleh perah baju time ni..huhu letih sangat...tapi best!!
signboard ni menunjukkan berakhirnya perjuangan kami di Skytrex huhu muka berminyak tahap gaban~~ sila abaikan~~
before balik tu sempat la bergambar dekat area tu sekejap~~
ni mungkin checkpoint yang dyowang panggil 'crazy zing-zang'.. mula-mula ingat susah tapi kacang je ni haha
yang ni kalau tengok bawah gental gayat..tapi buat-buat tak nampak je dah huhu...yang ni pon tak susah sangat...kita just kene balancekan badan je..
ni la 1st tangga yang korang kene naik kalau korang ambil bahagian Extreme Challenge, penat wei naik tangga ni...naik tangga ni je dah berpeloh berkilo-kilo..huhu lepas tangga ni ada lagi 1 tangga yang lagi tinggi, masa tu rase macam nak pengsan pon ada T_T
checkpoint ni pon kacang je huhu
kalau checkpoint ni siap boleh nyanyi-nyanyi lalalalala~~
ni Flying Fox, untuk bahagian Extreme Challenge ada banyak checkpoint Flying Fox, ada lah dalam 5 checkpoint...checkpoint ni best sebab tak penat snagat hehe lagi pun rase macam ala-ala batman gitu huhu
ni la 2 kawan aku yang sekepala bab-bab benda extreme ni huhu yang tudung pink tu pazilah..orang pure kelantan...kalau nak kecek klantan cakap dengan dia huhu dia suka explore, so kalau aku tak tau jalan-jalan kat KL ni, aku rujuk dekat dia je hehe tapi dia tau jalan KL yang guna kenderaan awam...yang sebelah tu Iman namanya...dia la driver kteowang...hebat dia bawak kereta eventhough baru je dapat lesen..hehe lain kali bawak la kteowng jenjalan lagi ye darling ~~
name ni baru je ada kat situ, kawan aku yang pergi sem lepas cakap takde...means baru lagi la kan..
aku rasa checkpoint ni paling susah kot...sebab dia macam licin,goyang-goyang..kalau tak pandai balance badan..memang rase macam nak jatuh je...kawan aku mase tu asyik nak terjatuh je..nasib baik lepas...muka dia macam nak pucat dah aku tengok..mungkin sebab nak tahan tangan...ahh 1 lagi nak main benda ni semua..tangan kene kuat tau..kalau tak jadi la macam aku ni huhu
senggayut ni susah jugak..dah macam main buayan pulak aku rasa haha
before kteowng balik tu,kteowng singgah makan dekat burger bakar Abang Burn dekat Seksyen 7, Shah Alam...nasib baik mase aku pergi tu tak ramai sangat....dannnn servis dia sangat debak..sebab tak sampai 5 minute burger dah siap wuwu macam tau-tau je perot aku ni dah nyanyi lagu dangdut T_T
lepas makn kteowng singgah i-City kejap..yela macam tak best pulak dah sampai sana tak singgah, tapi pegi kejap je sebab dah malam, weiii perempuan semua mana boleh balik lambat..huhu kteowang balik dalam pkol 10 p.m then sampai rumah iman dalam pukul 11 p.m ....
kalau korang nak tau lebih lanjut boleh la layari laman web Sytrex tu sendiri, ni aku kasi link..bagi senang sikit keje korang..
m
kalau nak makan burger Abang Burn boleh rujuk sini...
korang boleh rujuk map ni kalau nak ke Jajahan Burger Abang Burn dekat area Seksyen 7, Shah Alam
*sementara jadi pelajar ni korang cuba la explore benda baru, benda-benda yang korang memang tak akan lakukan lepas dah kahwin nanti....visi aku senang je, explore selagi mampu...haha
No comments:
Post a Comment